Kutipan & Bayaran Balik
Bahagian Kutipan Balik Pinjaman
Bahagian ini menguruskan tuntutan bayaran balik pinjaman selepas pelajar menamatkan pengajian.
Tuntutan bayaran balik bermula enam (6) bulan selepas pelajar menamatkan pengajian, dan jadual bayaran balik disediakan kepada peminjam. Peminjam yang ingkar boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Dasar Rebat
| Tempoh penyelesaian dari tarikh tuntutan | Rebat |
|---|---|
| Dalam tempoh setahun | 20% |
| Melebihi satu tahun hingga tiga tahun | 15% |
| Melebihi tiga tahun hingga lima tahun | 10% |
Dasar Penghapusan
- Penghapusan cemerlang 50% hingga 100%
- Penghapusan bagi pengajian dalam negara
- Penghapusan bagi pengajian luar negara dalam bidang tertentu
- Penghapusan kerana kematian
Terdapat juga dasar diskaun one-off yang tertakluk kepada tempoh dan kadar yang ditetapkan oleh Lembaga.
Kaedah bayaran dan semakan baki
Maklumat cara membayar dan semakan baki pinjaman boleh didapati di halaman Kutipan Balik Pinjaman.