Sejarah Penubuhan
Ditubuhkan pada 1 Mei 1972
Yayasan Terengganu ditubuhkan pada 1 Mei 1972 di bawah Enakmen Yayasan Terengganu Bil. 9 Tahun 1972 untuk membantu kerajaan memajukan industri pendidikan di negeri ini sebagai wahana utama membangun modal insan.
Tujuan penubuhan ini termaktub dalam Enakmen berkenaan sebagai usaha untuk meningkatkan, memaju dan memperkembangkan peluang-peluang dan kemajuan-kemajuan pelajar rakyat negeri ini.
Dokumen Rasmi
Penerangan Enakmen
Hasrat Penubuhan
Hasrat penubuhan ini diterjemahkan kepada fungsi berikut:
- Penajaan Pelajar: Menaja pelajar di institusi pengajian dan latihan kemahiran.
- Bantuan Sekolah: Membantu pelajar di peringkat persekolahan melalui pelbagai insentif.
- Kemudahan Pendidikan: Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan serta latihan.
- Penyelarasan: Menyelaras segala bentuk bantuan pelajaran kepada pelajar-pelajar Terengganu di semua peringkat pengajian.
Bagi mengurus perjalanan pentadbiran Yayasan Terengganu mengikut apa yang digariskan dalam enakmen, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) melantik 11 orang ahli bagi menganggotai Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu (tiga ahli tetap dan lapan ahli dilantik).