Polisi Portal
Arahan Keselamatan
Pengguna sistem dan portal Yayasan Terengganu hendaklah menjaga keselamatan akaun dan maklumat peribadi masing-masing.
- Jaga kata laluan: Jangan kongsi kata laluan, token atau akaun YTOP anda dengan sesiapa.
- Log keluar: Sentiasa log keluar selepas menggunakan komputer awam atau yang dikongsi.
- Semak laman rasmi: Pastikan anda berada di laman rasmi yt.gov.my sebelum memasukkan maklumat peribadi.
- Berwaspada: Jangan layan emel atau mesej yang meminta kata laluan atau maklumat akaun anda.
- Laporkan: Maklumkan kepada kami dengan segera jika terdapat aktiviti mencurigakan pada akaun anda.
Untuk melaporkan insiden atau pertanyaan keselamatan, hubungi kami melalui Maklum Balas atau emel info@yt.gov.my.