info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

Pembangunan Pendidikan

Bahagian ini mengurus bantuan pendidikan, institusi pendidikan dan penganugerahan Yayasan Terengganu.

Bahagian Pembangunan Pendidikan

Pembangunan & Kesejahteraan Pendidikan


Bahagian ini mengurus bantuan pendidikan, institusi pendidikan dan penganugerahan di bawah Yayasan Terengganu.

Bantuan Pendidikan

  • Mengurus bayaran Biasiswa Kecil Yayasan Terengganu (BKYT)
  • Mengurus Bantuan Pendidikan STPM
  • Merancang program TREGLISH dan mengurus guru T-HELP
  • Merancang kerjasama agensi luar
  • Menyelaras bayaran penajaan pelajar Darul Huffaz TATI Skills (DHTS)

Institusi Pendidikan

  • Asrama Yayasan Terengganu Kemaman (AYTK): operasi, hal ehwal pelajar dan tenaga pengajar
  • Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu (PPYT): operasi, hal ehwal pelajar dan tenaga pengajar
  • Pusat Bahasa Negeri Terengganu (PBNT): operasi, hal ehwal tutor dan pelajar

Penganugerahan

  • Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu
  • Hadiah Kecemerlangan Pelajar
  • Anugerah Sarjana Terengganu

Maklumat penganugerahan · Program pendidikan

Biasiswa Kecil Yayasan Terengganu (BKYT)

PerkaraButiran
SasaranPelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
Diperkenalkan1982
PermohonanAtas talian melalui sekolah
Kadar bantuanRM500 setahun
Syarat asasBapa atau ibu lahir di Terengganu, atau ibu bapa bermastautin di Terengganu sekurang-kurangnya 10 tahun dengan pengesahan; pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan; tidak menerima biasiswa daripada badan penaja lain; tidak dikenakan tindakan disiplin.

Kadar dan syarat tertakluk kepada pengumuman semasa Yayasan Terengganu.

Bantuan Pendidikan STPM

Program yang bermula pada 2008 ini memberi sokongan kewangan dan rangsangan motivasi kepada calon STPM di sekolah Kementerian Pendidikan dalam negeri Terengganu.

  • Pelajar mestilah rakyat Terengganu atau memenuhi syarat pemastautin.
  • Pelajar tidak menerima biasiswa lain.