Polisi Portal
Dasar Privasi
Yayasan Terengganu menghormati privasi pengguna portal. Dasar ini menerangkan maklumat yang dikumpul melalui portal dan cara maklumat itu digunakan.
Maklumat yang dikumpul
- Borang Maklum Balas: nama, nama pelajar (jika berkaitan), No. Kad Pengenalan (jika diberikan), nombor telefon, alamat emel, kandungan mesej dan alamat IP.
- Statistik pelawat: bilangan lawatan dikira secara agregat bagi tujuan paparan statistik dan penambahbaikan portal.
Penggunaan maklumat
- Memproses dan menjawab maklum balas, aduan, cadangan atau pertanyaan anda.
- Menambah baik kandungan dan perkhidmatan portal.
- Mematuhi keperluan undang-undang yang berkuat kuasa.
Pendedahan kepada pihak ketiga
Maklumat peribadi anda tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga tanpa persetujuan anda, melainkan dikehendaki oleh undang-undang.
Kandungan pihak ketiga
Sesetengah kandungan dimuatkan daripada perkhidmatan pihak ketiga, contohnya Facebook (paparan berita) dan Google Translate (terjemahan automatik). Penyedia perkhidmatan tersebut mungkin menetapkan kuki atau mengumpul data mengikut dasar privasi mereka sendiri.
Maklumat lanjut
Rujuk Dasar Keselamatan dan Keselamatan Data Peribadi. Pertanyaan boleh dikemukakan melalui Maklum Balas.